Pensil Warna

Kerja
Friday, January 25, 2013 ? 0 Atashinchi ?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

harini baru ada kesempatan nak blogging . sejak berkerja ni , asyik letih je . tak sempat nak check out something pun kat fb or twitter . balik rumah je , mandi , makan , solat then tidur . tak buat apa-apa pun . seriously penat gila . kapal masuk tak berhenti . kerja pula 12jam . haihh . memang pun ~

kerja sebagai interior aircraft cleaner ni bukanlah mudah . memerlukan tenaga yang banyak tahu ! dan jangan pula ingat kerja cleaner ni hina. kalau takda orang-orang cleaner mcm kami ni , kapal terbang yang anda naik tu takkan nampak mewah tahu . 

apa je yang aku buat ? aku lap table , betulkan seatbelt , buang sampah dalam poket kat seat tu , vakum & bersihkan galley ( pantry ) . rasa mcm senang , tapi kalau kena kapal A.S.A.P(as soon as possible) memang mcm nak tercabut tangan & kaki . kena buat semua benda kurang dari 5mins . hahaha GILA TAK?
tangan aku dah banyak luka sbb kena paper cut . kalau kami buat kerja lambat sampai kapal delay , kami kena penalti . 1min = RM5k . huhu . 

kadang-kadang aku rasa seronok nak kerja , but sometimes i really hate it . semua ni fasal orang-orang kat situ . nak tahu tak hampir 90% kat situ lelaki . huh ! sabar je laa . aku dah laa tak biasa keadaan mcm ni . ni semua hasil didikan sekolah tercinta . aku seakan-akan culture shock . walau bagaimanapun , aku dah ada some friends there . aku yang paling muda kat situ . yang lain ramai yang 20 above .  pangkat abang - abang . ada yang ok , ramai yang gatal . just a typical guy . kalau tak minta no phone memang tak sah . haram laa aku nak bagi . 

ramai kat situ ingat aku sombong . mana tak nya , diam je mcm orang bisu . nak buat mcm mana , aku memang pendiam . aku pula jenis yang tak reti nak start conversation . sorry laa beb . kalau dah lama kenal , boleh lah aku nak borak rancak . mungkin ada yang tak percaya aku ni pendiam sbb bila aku dengan mereka , aku lah yang paling tak boleh duk diam . betul tak ? itu semua sbb aku dah kenal korang lah ! actually , aku nak je borak-borak dengan orang-orang kat situ , tapi , aku takut . takut dengan tanggapan mereka . apa yang mereka fikir fasal aku . so , better diam dari cakap . eh betul ke ?

so , sampai di sini sahaja . esok nak kerja . kena tidur awal . adioss




Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// The Show by Lenka