Pensil Warna

Kehidupan Manusia
Tuesday, January 29, 2013 ? 0 Atashinchi ?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
hey semua

Semenjak aku berkerja , aku kenal ramai orang . Ada yang dari Kelantan , Kedah , Johor , Sabah . Macam-macam tempat ada . 1Malaysia laa katakan . huhu
Tapi , aku rasa yang paling ramai sekali kat situ mai dari Kelantan . Hari-hari duk dengaq depa kecek kelate . aduhai , poning kepala den ni ha . dah lah aku tak paham . sabar je laaa . 
Sekarang ni , aku dah ada beberapa orang kawan . dah hampir sebulan kerja , baru nak dapat kawan . ahahahah . terukkan ?
Kat tempat kerja aku ni juga , aku dapat tahu fasal kehidupan orang lain . Life yang sangat berbeza dengan life aku . Korang percaya atau tak , rata-rata orang kat tempat kerja aku cuma ada SPM sahaja . Ada yang tak ambil SPM pun . Tapi tu bukanlah satu penghinaan bagi aku . Mungkin mereka ada sebab untuk tak ambil SPM . Tak minat belajar or ada family problems , mungkin .
Ada seorang kawan aku dia cerita fasal life dia sampai menangis . Dia seorang lelaki . Lelaki pertama yang aku kenal kat tempat kerja aku . Dia seorang yang happy-go-lucky . Tapi disebalik senyuman dia , dia seorang yang susah . dulu time sek , dia selalu ponteng . 1 hari sekolah , 2 hari turun ke laut . cari makan . Dia kata , dia kena ceria untuk lupakan kehidupan dia yang susah . that's why dia happy je selalu . Aku tabik lah kat dia !!
Seorang lagi , perempuan . Dia tua setahun dari aku . Dia ni sangat friendly . Semua orang dia tegur . Sedikit gedik tapi ganas juga kadang-kadang . Dia kata dia tak minat belajar . Tapi ada SPM . Dia start kerja masa sekolah rendah . Hebat,kan ? Aku masa sekolah rendah mcm budak-budak lagi . Tapi dia dah berkerja . Katanya , nak tolong ayah . Tak nak ayah dia penat . Somehow , ayah dia workaholic . Tak reti duk diam kat rumah . haihh . Pula dahh . 
Dia juga ada cousin kerja kat tempat yang sama , lelaki . Hah ! Cousin dia ni lah yang selalu kacau aku . Minta no lah . Tapi , sekarang dah ok . Aku ada borak-borak dgn dia hari tu . So , dapatlah aku tahu fasal life dia . Dia dah 20-an . Tiada SPM dan PMR . Dia kena kick dari sek masa form 2 . Tak tahu pula kenapa . Sejak tu , dia start merokok & kerja . Macam-macam dia kerja . Dia kata kat aku yang 'pen' dia dah hilang . Orang kata pen membawa 1000 makna . Dia tak menyesal dengan apa yang dah jadi , cuma kalau dia boleh turn back the time , dia nak fix it . Nak belajar bersungguh-sungguh . So , kepada mereka yang malas belajar , please , keep it up ! Jangan sampai anda menyesal suatu hari nanti . Hidup masa depan kita tak tahu apa cabarannya.
Aku rasa sampai sini sahaja cerita yang aku nak share . Harap korang boleh ambil iktibar dari kisah mereka ni . Bukan semua orang senang macam kita , pandai macam kita . Tapi mereka boleh terus hidup kalau mereka kuat & tabah . Dan ingatlah , sesuatu yang jadi datang daripadaNya . So , mintalah pertolongan daripadaNya . 
Spread the positivity , GO BEYOND ! 
(^-^)y



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// The Show by Lenka