Pensil Warna

Kuala Lumpur !
Thursday, August 23, 2012 ? 0 Atashinchi ?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hey there . (^___*)
how's your hari raya ? best ? huh? tak ? alaahaiii.. jangan sedih-sedih mehh . 
relax & chill laa bro . biasalaa tu , hang dah besaq . duit raya pun tak dapat lagi dahh . hahaha
( tapi aku dapat tau . hehe :p )



semalam hari yang best . kerinduan aku kat Kuala Lumpur , GSC dah terlepas . hehe
semalam aku , arifah (adik) & munirah (cousin) pergi merayap di Kuala Lumpur . Alaa , pi Times Square je pong~ nak bershopping lagi . hahahaha . kemaruk shopping betul aku ! haahha . jangan tak tahu pula , aku ni pantang orang ajak pi shopping , memang gua angkat tangan dulu laa , nak ikut ! aku gila shopping ohh . kalau laa aku anak dato' ke , anak tan sri ke , perghh ! memey bapak aku kena laa . ahaha . habis duit dia aku kebas pi sedekah kat penjual-penjual di Times Square tu :p padahal kan , aku hari tu dah pi dah shopping dengan member sebelum raya hari tu . hihi . (mentang-mentang dapat duit raya) shopping lagi laa weh . kami round setiap floor yang ada kat TS tu (yang ada kedai shj) . memang rasa nak tercabut kaki laa juga . tapi , aku ni kalau dah shopping , tak ingat dunia . dah balik baru terasa . hahahah . dari pukul 2 sampai 7 shopping . hampir semua kedai terpampang , RM10 , RM 15 , RM 20 , RM 25 , RM 35 . All RM 10 pun ada . gila tak gila ? walaupun begitu , maaflaa yee . saya tak berminat dengan baju-baju seperti itu . ( korean style for girls ) sorry laa beb . aku nak cari t-shirt long sleeve je . tapi , hampehhh ! 1 kedai pun tadak . yang offer lagi laa tadak . haiiihhh . sedih gua . akhirnya , aku beli baju t-shirt kosong , tanpa corak . RM10/sehelai . okelaa tu . simple , asal menutup aurat , kan kan ? sepanjang perjalanan mencari baju , aku sakit hati jee . tahu kenapa? aku sakit hati , sakit mata sebab VARSITY SEMUA NYA MURAH-MURAH ! aku je yang tak bawak duit lebih . aduhaiii . RM70/piece + free patches . memang pun ~ tengok je aku mampu . dah laa lawa bai . hanya tersemat dalam hati jee laa jawabnya . (T_T) 

selepas shopping , aku & arifah pi tengok movie . munirah dah balik awal sebab kakaknya sedang menunggu kepulangannya bersama KFC tercinta . hahaha . Aku & adik aku stay kat surau sampai maghrib , then baru pi GSC . wahhh ! dah lama tak tengok wehh . asyik tengok whiteboard jee . (=__=) kami tengok cerita baru iaitu PARANORMAN ! mcm budak-budak kan ? ah! peduli apa aku , janji best ! cerita dia lawak dohh . aku gelak-gelak jee tengok . dah laa hero comel ! pi lahh tengok , tak rugi , serious ! 
lepas je habis movie ni , aku terkejut gilaa kut . TS dah kosong . dah pukul 10.15 mlm . makaihh . rasa mcm sekejap jee movie tu . lepas tu , aku & arifah gelabah gila cari monorel . takut laa pula terlepas yang last train . mahu nayaa aku kat KL . silap-silap tidur sana . hahahah . lama gila kut tunggu monorel siput tu . bengang gila . yang seberang sana dah terlepas 3 train dahh . yang belah aku , muncung monorel pun tak nmpk . aduhaii . mati gua . dah laa tak biasa naik monorel lambat-lambat cenggini . memey laa . alhamdulillah , akhirnya aku & arifah selamat sampai di rumah pukul 11 lebih . memang best pong~ rasa macam nak pi lagi . ahahhaha . nak bawak duit banyak-banyak . baru sakan , sakai
itu sajalah cerita hari ini . 
sekian , terima kasih daun keladi , lain kali baca lagi ! (*o*)





Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// The Show by Lenka