Cerita Sepanjang Ramadhan . Ramadhan terakhir di sekolah
Sunday, August 19, 2012 ? 0 Atashinchi ?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hey kawan-kawan . sihat semua ? mcmana raya ? best ke ? kalau ta best , kau geng aku ! hehe
tiba-tiba teringat pula raya dulu-dulu . sangat best . yelaa , masa tu berhingus lagi .
oke stop ! actually aku na cerita pasal Ramadhan yang dah berlalu , semalam .
aku rasa Ramadhan tahun ni best ! sebab... mungkin sebab Ramadhan aku yang terakhir di sekolah .
so , aku kena laa cipta seberapa banyak kenangan yang ada . ( banyaklaa sangat )
Cerita Ramadhan pertama ; TRAGEDI !
pada hari jumaat , 27 julai 2012 , sebuah kapal laut , Bunga Alpina telah meletup . Seorang bekas pelajar sek aku didapati terlibat dalam kejadian tu . Beliau merupakan Ketua Rumah Hijau , rumah aku , tahun 2009 . Aku gila terkejut . Satu sekolah terkejut . Kami tak henti-henti mendoakan keselamatan beliau . Walau bagaimanapun , Allah lebih menyayanginya . Dia , Muhammad Nazrin ( Ayin ) sudah pergi menghadap Ilahi . Semoga roh beliau di tempatkan dalam kalangan mereka yang beriman . Aminn..
Al-Fatihah :'|
Cerita Ramadhan kedua ; TRIAL SBP !
Alhamdulillah . Trial tahun ni jatuh pada bulan mulia . Semoga kami , ELVES , batch 0812 dirahmati & diberkati Allah . Sungguhpun begitu , bagi aku yang tak berapa na pandai ni , aku rasa , trial ni agak susah . terutamanya subjek yang paling ramai orang 'gemari' iaitu MATEMATIK TAMBAHAN (x_x) aku dapat rasa , aku termasuk dalam golongan 'Failure' . Banyak kut soalan yang aku tak dapat nak jawab . mati aku na kena jawab dengan Cikgu Timah . dushh ! btw , for this trial , aku rasa aku banyak gak ulangkaji . stay up all night . eventhough esok nya paper bahasa Arab . hahaha . nak teman member-member aku yang amek barab . dalam dorm aku , aku seorang je budak pure science . yang lain sains agama . so , aku harap , korang doakan kejayaan aku :) insyaAllah , aku pun doakan kejayaan korang juga . Terima kasih kawan ;')
Cerita Ramadhan ketiga ; RIADAH PAGI !
Walaupun berpuasa , kita kena beriadah untuk kesihatan . so , dormates aku yang gila ni , ajak main basketball , pagi-pagi buta . mentang-mentang tadak kelas . enjoy laa . Kami , (aku , KN , Fabel , Yayah , Dayana , Faz , Aina , Naimah , Ummi ,& Athiyah ) turun padang after solat subuh . semua semangat gila nak main basketball . T-SHIRT vs BAJU LABUH ! haahaha . kami main dengan penuh gelak tawa , dan penuh 'gaya' . huahuahua . main basketball dah macam main netball aku tengok . mana tak nya , semua bekas-bekas pemain netball . hahaha . kelakar lah mereka ni . Aku rasa sangat best apabila bersama dormates aku . mereka dah macam family aku . Terima kasih korang :')
Cerita Ramadhan keempat ; MAKAN-MAKAN !
Nak tahu tak ? every night , dorm aku mesti ada makanan . tiap-tiap hari melantak . tiap-tiap hari menambah berat badan yang dah sedia gemuk . ( aku terkecuali , hahaha :p ) aku nak ucap Terima Kasih Daun Keladi kepada dormate aku , Yayah , yang sentiasa isi perut aku dengan makanan yang marvellous :) Alhamdulillah.. tak lupa juga kepada Ustazah Izzan , our mentor , yang bagi buat & hantar kuah durian pada kami . sedap gilaa mehh ! rasa macam nak lagi . ada 1 malam tu , kami 1 dorm dah kenyang gila sampai kena panggil budak lain tolong habiskan . hahaha . Terima Kasih kepada Rauhah & Alia Laila sebab jadi DBKL kami :) hihi
Cerita Ramadhan kelima ; IFTAR JAMA'EI !
Tahun last untuk iftar kat sekolah . This year sek buat secara besar-besaran . siap tukar langsir baru kat masjid .tambah kipas dalam masjid . tempah katering Tu Dia...Pak Tam! tumbang berapa ekor kambing entah . Alhamudulillah ramai orang datang . tapi tak seramai time aku form3 laa . itu memang dahsyat gila . ramai gila orang . sebenarnya , tahun ni , sek ada jemput seorang imam dari Palestin untuk jadi imam terawih . tapi , dia tak dapat datang . Walau bagaimanapun , majlis selamat dilaksanakan . Alhamdulillahh ...
Cerita Ramadhan keenam ; FORMAL DINNER !
Majlis kelam kabut . sebab apa ? mcm biasa , last minute information . Rumah Hijau kena settle kan majlis ni . GO HIJAU ! formal dinner ni merupakan formal dinner yang paling sekejap pernah aku rasa . just for berbuka . no speech . itu yang paling best . majlis ni dihadiri oleh pengarah kluster & pegawai sbp . mereka nak pantau sek je . aku hope , sek aku oke je . insyaAllah . apa yang menariknya formal dinner kali ini ialah MAKAN DALAM TRAY ! aku tak pernah makan dalam tray sepanjang berada di sek . so , this is my first . okelaa juga makan dalam tray . tapi ada juga yang merungut ( macam biasalaaa.. ) . selama 5 tahun aku kat sek ni , aku dah rasa guna macam macam jenis pinggan . form 1 pinggan besar gabak . form 3 pinggan bunga-bunga . form 5 pinggan leper & last 'maybe' makan dalam tray . tapi , tray ni just guna masa puasa je . after this guna pinggan balik . eh dah menyimpang pula . oke berkenaan majlis ni , alhamdulillah semua berjalan lancar . congrats Hijau ^o^
Cerita Ramadhan ketujuh ; ZIARAH MASJID !
tahun ni aku pi Masjid Sultan Salahuddin , Shah Alam . berbuka & terawih di sana . kelas aku + kelas ds . all girls ! sampai je kat sana , terus cari port nak berbuka . pergh ! ramai gila orang . berduyun-duyun . tapi , still ada ruang sebab masjid tu BESAR GILA ! after berbuka , semua cari toilet . nak solat , kena ada wuduk . apadahh . yang sedihnya , tak sempat den nak solat jemaah , imam tu laju sangat laa . aduhai... lepas solat , semua pi SHOPPING . jalan-jalan kat gerai-gerai kat tepi masjid ni . macam-macam ada . yang paling best , jubah murah-murah beb . tengok je mampu . haha . isyak masuk , so apalagi solat laa . then terawih . alhamulillah semua nya selamat , walaupun ada scene yang tak berapa aku nak gemar . (-_-!)
Cerita Ramadhan kelapan ; KAD RAYA !
tak tahu kenapa , tiba-tiba rajin pula nak buat kad raya . dorm aku buat kad raya untuk makcik-pakcik dewan makan . mereka dah banyak berkorban untuk kami . korban masa mereka untuk berbuka dengan family . korban tenaga masak untuk kami . tak semua orang nampak pengorbanan mereka . disebabkan itu , dorm aku terasa untuk menghargai mereka ni . so , kami buat kad raya untuk mereka ! Terima Kasih pakcik, makcik , kakak , abang DM sebab bagi saya makan selama 5 tahun ni . Saya suka makanan DM :D selain tu , kami juga buat kad raya untuk pakcik guard . nak tahu tak , mereka tak beraya tahun ni sebab kena berkawal di sek . sedihnya aku dengar . walau apapun , Terima Kasih pakcik sebab jaga keselamatan kami pagi dan petang(-_+) kami juga ada buat kad raya untuk mentor kami & beri kad raya kepada guru-guru . bestnya bagi kad raya ni walaupun old school . lantaklahhh ! baru masyuk ada kad raya . for the last , aku buat kad raya untuk dormates aku seramai 15 orang . handmade oke ! barulaa best . SELAMAT HARI RAYA SEMUA <3
Cerita Ramadhan kesembilan ; BALIK RAYA !
pada hari khamis , 16 Ogos , semua boleh balik ! yeah ! balik raya . aku kena balik sendiri . (Y_Y) nasib baik ada Yayah nak tumpangkan sampai kat Rawang . malas nak tunggu bas mini yang sempit tu . disebabkan tahun ni aku beraya di Selayang , so , balik naik bas sendiri laa . alhamdulillah , aku tak payah nak tunggu lama-lama . datang datang dah ada bas . tambang pun oke je , RM2.50 :D sepanjang perjalanan tu , hujan lebat mencurah ke bumi . alamakk ! habis laa aku basah . memang pun basah , BASAH KUYUP . walau apapun ,aku selamat . Alhamdulillah ..
Cerita Ramadhan kesepuluh ; SHOPPING RAYA !
baru balik . so , kena laa shopping sendiri . aku shopping dengan KN & Fabel . aku terlewat sangat . heheh . sorry kawan , tak sengaja , tertidur . hihihi . kami bershopping di JALAN TAR . ramai gilaa laa orang . sesak tak payah cakap laa beb . Fabel kata , dah tiga kali dia round kat situ . hehehe . semua sebab aku . first agenda , cari tudung . lama gilaa laa cari tudung , tak jumpa-jumpa . ponat berjalan . rasa haus pula . hihi . puasa ain , puasa , sabarr . dalam masa yang sama , aku nak cari hadiah dorm & kelas. hadiah kelas , aku nak cari perfume . hadiah dorm , aku tak tahu nak bagi apa . alhamdulillah , semua nya aku jumpa . tapi , rasa geram pula tengok perfume tu , rasa mcm nak laa pula . hihi . kemeja tu pun cantik . mcm nak juga . adoyaii . ni yang tak boleh ni . aku , kalau beli hadiah , cantik sangat jadi geram pula nak bagi . ahahha . ta baik kan . hurm . aku & KN balik lambat sikit . kami berbuka di tepi jalan , di Kuala Lumpur . 1st time aku berbuka di luar dengan member . kenangan kenangan . Fabel awal-awal dah chiow , sebab nak balik kampung . untunglaa ada kampung . yang tak boleh blah nya , aku berbuka dengan Mountain Dew . mmg rasa nak muntahlaa lepas tu . balik je rumah , terkelepet kat atas katil sakit perut . ahhaha . padan muka ! anyway Terima Kasih kepada KN & Fabel sebab teman aku shopping . sorry kalau kaki anda rasa macam nak tercabut . hahaha .
PERGHH ! panjang gila post aku kali ni . hahah . sorry kalau penat nak baca . ( tapi aku tak paksa baca , kau yang nak baca kan ? ) last but not least , aku nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI . MAAF ZAHIR DAN BATIN .
( dah beribu kali aku tulis . haiihh (-__-'') )
tata-for-now , wassalam (^^o)//



Template : 


Cerita Sepanjang Ramadhan . Ramadhan terakhir di sekolah 